Pages

Thursday, July 26, 2012

Sumbangan Ramadhan dan Aidilfitri 2012

 
Sempena Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini, KTHA akan menjalankan amanah untuk mengagihkan sumbangan Bubur Lambok dan Baju Raya Anak-Anak kepada ahli-ahlinya.
Kepada yang merasakan diri mereka layak dan wajar untuk menerima sumbangan tersebut, sila kemukakan nama dan tampilkan diri anda pada Pn Hayati Ramli(
017-3241341)
dan Pn Niesa Isa(017-2039571)sebelum atau pada 3hb Ogos 2012 untuk proses selanjutnya. Terima Kasih....

Wednesday, April 18, 2012

KTHA @ Cinta Masjid, Masjid Al-Azim, Pandan Indah.










 KTHA terlibat sama dalam program Cinta Masjid, anjuran TV-Al Hijrah di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, pada 14hb April yang lalu. 
Kami mengadakan sesi penerangan mengenai Talasemia khususnya pada pengunjung-pengunjung. Sambutan masyarakat baik dan memberangsangkan, ianya memungkinkan kami untuk sama-sama menjayakan program Cinta Masjid dimasa hadapan.

Friday, March 23, 2012

AKTIVITI KTHA 2010/11


Aktiviti-aktiviti KTHA sepanjang 2010/11 dipersembahkan dalam bentuk video. Semoga sahabat-sahabat semua dapat menghayati dan mendalami perjuangan kami KTHA.

Terima Kasih diatas sokongan dan perihatin ikhlas sahabat-sahabat semua