STM Banner

Powered by BannerFans.com

Meebo Bar

Saturday, July 13, 2013

BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA THALAS 2013



Majlis berbuka puasa bersama keluarga thalas KTHA telah diadakan di Zarlith Events and Catering, bertempat di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur pada 13hb Julai yang lepas.

Majils tersebut dijalankan dengan ringkas dan dilangsungkan dalam suasana hujan lebat dan basah. Majlis juga disertakan dengan sesi tidak rasmi ramah mesra dan sambuatan hari ulang tahun untuk ahli keluarga yang hadir. Ia ditaja sepenuhnya oleh KTHA dan dijayakan oleh Puan Pengerusi dan Tuan Timbalan Pengerusi. Dan diusahakan dengan gigihnya oleh Puan Setiausaha. Terima kasih untuk mereka.   


Seramai 49 keluarga telah hadir termasuk dewasa dan kanak-kanak. Terima kasih diatas sokongan anda; sokongan anda adalah kekuatan kami. Kepada yang tiada kesempatan, insyallah kita boleh berjumpa dan bermesra pada majils yang akan dirancang kelak.



Didoakan semoga semua warga dan keluarga thalas senang sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Nya. Diberi kekuatan dan kesihatan dalam menjalankan kewajiban berpuasa dalam bulan Ramadhan ini. Insyallah, Amin...

Berikut antara foto-fota yang sempat dirakam dalam majlis tersebut.

















 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...