KELAB TALASEMIA HOSPITAL AMPANG. Ahli Gabungan Persatuan Sukarelawan Hospital Ampang(PESUHA) Created by Thalas for Thalas. We Share, We Care, Leaving the Legacy of Peace and Love
Showing posts with label sumbangan. Show all posts
Showing posts with label sumbangan. Show all posts
Thursday, July 26, 2012
Tuesday, October 5, 2010
SUMBANGAN DARI JKSP
Majlis Penyampaian Sumbagan Hamper oleh
Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia
Cawangan Hospital Ampang
kepada pesakit-pesakit
pada 3 September 2010
oleh
Datin Dr Aishah Binti Ahmad Makinuddin
Pengarah Hospital Ampang
Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Thursday, September 2, 2010
SERIBU WAJAH, SEJUTA SENYUMAN
Sekitar Hari Sumbangan Hamper kepada pesakit-pesakit sempena
Hari Raya Aidilfitri oleh PESUHA dan ahli-ahli gabungannya
Bertempat di Wad-wad sekitar Tingkat 7 dan 8
30hb Ogos 2010
Wajah memberi dan menerima. Antara derita dan senyuman
Memberi erti tiada nilai tandingan
Syukur...
Terimakasih Hospital Ampang kerana memberi peluang kepada kami untuk memberi dan menginsafi di atas segala kurniaan Maha Pencinta dan Pengasih
Monday, August 30, 2010
PERJUMPAAN AJK PESUHA, KTHA DAN JABATAN KERJA SOSIAL
BILIK PESUHA
JABATAN KERJA SOSIAL HOSPITAL AMPANG
25HB OGOS 2010
11 PAGI - 12 TENGAHARI
Perjumpaan di atas di hadiri oleh :
Dari KTHA
Anisah Md Isa
Zainal Abidin
Hayati Ramli
Adly Shuib
Dari Jabatan Kerja Sosial
En Mohiadin Bin Bahado
Dari PESUHA
Tuan Haji Hassan Bin Haji Mahmud
Pn Faizah
dan lain-lain AJK PESUH
Antara saranan yang dicadangkan semasa perjumpaan ini :
- Mengumpul dana bagi membantu pesakit-pesakit Thalassaemia menjalani rawatan dan ujian kesihatan contohnya MRT2*.
- Mengumpul ahli KTHA lainnya untuk menjalankan aktiviti motivasi dan kaunseling. Berperanan sebagai kumpulan sokongan (support group) kepada Thalas Hospital Ampang.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti kesedaran di sekitar komuniti Hospital Ampang,daerah Pandan dan Ampang. Ianya mungkin boleh dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa daerah dan juga Rukun Tetangga yang berkenaan.
Untuk itu dipersetujui bahawa beberapa perkara yang KTHA perlu memberi perhatianan dan jalankan :
- Membuat perancangan aktiviti-aktivi yang ingin dijalankan dan persembahkan kepada ahli jawatan kuasa PESUHA.
- KTHA juga diminta mula mengumpulkan bahan-bahan atau maklumat yang boleh digunakan untuk menyediakan kertas kerja dan untuk aktiviti-aktiviti kesedaran yang akan dijalankan nanti.
- KTHA juga diminta menyenaraikan ahli jawatan kuasanya yang terdiri dari Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari secepat mungkin.
- Untuk sebarang surat menyurat KTHA kini dibenar menggunakan alamat PESUHA berserta dengan normbor telefonnya sekali.
- PESUHA juga mengalu-alukan KTHA menggunakan pejabatnya sebagai pusat urusan dan operasinya.
Diakhlir perjumpaan KTHA, PESUHA, Jabatan Kerja Sosial dan beberapa ahli gabungan lainnya akan berkerjasama untuk menjalan aktiviti-akativti yang akan dijalankan antaranya :
- Sumbangan Bubur Lambuk kepada Warga Kerja Hosptal Ampang bersama YB Dato' Sri Ong Tee Keat pada 26hb Ogos 2010.
- Penyediaan Hamper pada 27hb Ogos 2010.
- Majlis Penyampaian Sumbangan Hamper sempena Hari Raya dan Hari Kemerdekaan bersama Datin Dr Aishah, Pengarah Hospital Ampang pada 30hb Ogos pada 30hb Ogos 2010.
- Penyampaian Sumbangan Hamper oleh Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia bersama Datin Dr Aishah, Pengarah Hospital Ampang pada 3hb September 2010.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















