STM Banner

Powered by BannerFans.com

Meebo Bar

Monday, August 30, 2010

PERJUMPAAN AJK PESUHA, KTHA DAN JABATAN KERJA SOSIAL

BILIK PESUHA
JABATAN KERJA SOSIAL HOSPITAL AMPANG
25HB OGOS 2010
11 PAGI - 12 TENGAHARI

  

Perjumpaan di atas di hadiri oleh :

Dari KTHA
Anisah Md Isa
Zainal Abidin
Hayati Ramli
Adly Shuib

Dari Jabatan Kerja Sosial
En Mohiadin Bin Bahado

Dari PESUHA
Tuan Haji Hassan Bin Haji Mahmud
Pn Faizah
dan lain-lain AJK PESUH

Antara saranan yang dicadangkan semasa perjumpaan ini :
  • Mengumpul dana bagi membantu pesakit-pesakit Thalassaemia menjalani rawatan dan ujian kesihatan contohnya MRT2*.
  • Mengumpul ahli KTHA lainnya untuk menjalankan aktiviti motivasi dan kaunseling. Berperanan sebagai kumpulan sokongan (support group) kepada Thalas Hospital Ampang.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti kesedaran di sekitar komuniti Hospital Ampang,daerah Pandan dan Ampang. Ianya mungkin boleh dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa daerah dan juga Rukun Tetangga yang berkenaan.


 
Untuk itu dipersetujui bahawa beberapa perkara yang KTHA perlu memberi perhatianan dan jalankan :
  • Membuat perancangan aktiviti-aktivi yang ingin dijalankan dan persembahkan kepada ahli jawatan kuasa PESUHA.
  • KTHA juga diminta mula mengumpulkan bahan-bahan atau maklumat yang boleh digunakan untuk menyediakan kertas kerja dan untuk aktiviti-aktiviti kesedaran yang akan dijalankan nanti.
  • KTHA juga diminta menyenaraikan ahli jawatan kuasanya yang terdiri dari Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari secepat mungkin.
  • Untuk sebarang surat menyurat KTHA kini dibenar menggunakan alamat PESUHA berserta dengan normbor telefonnya sekali.
  • PESUHA juga mengalu-alukan KTHA menggunakan pejabatnya sebagai pusat urusan dan operasinya.


 
Diakhlir perjumpaan KTHA, PESUHA, Jabatan Kerja Sosial dan beberapa ahli gabungan lainnya akan berkerjasama untuk menjalan aktiviti-akativti yang akan dijalankan antaranya :
  • Sumbangan Bubur Lambuk kepada Warga Kerja Hosptal Ampang bersama YB Dato' Sri Ong Tee Keat pada 26hb Ogos 2010.
  • Penyediaan Hamper pada 27hb Ogos 2010.
  • Majlis Penyampaian Sumbangan Hamper sempena Hari Raya dan Hari Kemerdekaan bersama Datin Dr Aishah, Pengarah Hospital Ampang pada 30hb Ogos pada 30hb Ogos 2010.
  • Penyampaian Sumbangan Hamper oleh Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia  bersama Datin Dr Aishah, Pengarah Hospital Ampang pada 3hb September 2010.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...