STM Banner

Powered by BannerFans.com

Meebo Bar

Thursday, October 14, 2010

SEKITAR PERJUMPAAN KTHA SIRI 2/2010

Alhamdullilah perjumpaan ahli KTHA telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Seminar 2, Tingkat 2, Hospital Ampang, pada Ahad, 10hb October 2010, jam 10 pagi. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi PESUHA Tuan Haji Hassan, Setiausa PESUHA Pn Faizah, Dr Jameela Sathar, Matron Tan, jururawat-jurawat dan pesakit-pesakit.

Perjumpaan tersebut dimulai dengan pengenalan rasmi KTHA. Diikuti dengan penerangan mengenai gabungan KTHA sebagai ahli PESUHA oleh Tuan Haji Hassan. Gabungan tersebut akan mengukuhkan hubungan antara KTHA, Hospital Ampang, JKSP dan lain-lain badan yang bertindak sebagai NGO bagi pesakit-pesakit Hospital Ampang. Oleh itu segala bentuk bantuan atau sokongan boleh disalurkan secara tepat, telus dan terus. Penerangan mengenai objektif dan matlamat KTHA kemudiannya telah disampaikan oleh Pn Faizah.

Objektif
  • Membantu kebajikan dan kaunseling untuk ahli—ahli
  • Menyampaikan maklumat mengenai penyakit Thalassaemia kepada orang ramai
  • Mengenalpasti masalah-masalah penyakit Thalassaemia dan waris
Matlamat
  • Memperjuangkan hak-hak pesakit Thalassaemia
  • Mendapatkan bantuan dari JKM, Pusat Zakat, PERKESO atau KWSP
  • Ujian Saringan Thalassaemia
Perjumpaan diteruskan dengan mesyuarat pemilihan kepimpinan dan ahli jawatan kuasa KTHA untuk 2010/11. Sokongan sebulat suara telah melantik Tuan Haji Hassan selaku Pengerusi Mesyuarat dan Pn Sofia selaku pencatit minit mesyuarat. Pemilihan kepimpinan tersebut dilakukan dengan sokongan undian. Berikut adalah baris kepimpinan yang telah dipilih dan dilantik.

 
Penasihat
Dr Jameela Sathar

Pengerusi
Hayati Ramli

Setiausaha
Hannah Hiew Pei Yuen

Bendahari
Anisah Md Isa

Ahli Jawatan Kuasa
Zainal Abidin Ahmad
Dzulhakimy Abdul Rahim
Soffiah Solaiman
Amir Hamzah
Haliyati Abd Karim

Kepada yang telah dilantik dan diberi amanah, tahniah dan syabas diucapkan. Semoga dengan satu hati dan satu suara, diharapkan agenda-agenda yang akan dibentangkan kelak dapat direlisasikan. 

Selepas sesi rehat mesyuarat disambung untuk sesi bertukar pendapat dan pandangan mengenai agenda-agenda, isu-isu dan aktiviti-aktiviti yang dicadangan. Antara remusannya adalah seperti berikut.

  • Kempen kesedaran Thalassaemia terutama untuk kawasan sekitar Hospital Ampang dan daerahnya seperti di sekolah-sekolah, JKKK, rukun tetangga dan lain-lain
  • Mencari sumber kewangan khasnya untuk pesakit-pesakit yang tidak diterima berkerja
    Sebagai contoh, perniagaan kraftangan 'on-line'
  • Mendapatkan sokongan dan bantuan dari agensi-agensi yang berkaitan dan wakil rakyat
    Perlu menyediakan profile KTHA dan PESUHA
Dengan niat yang ikhlas, cara yang tulus, hati yang bersih, tidak kenal kalah, terus belajar, yakin pada yang Esa, yakin pada diri dan KTHA. Insyallah segala cabaran akan menjadi lebih mudah dan dilimpahi berkat oleh Nya. Percayalah!

Pasti ada ramai yang menyokong, pasti ada yang mampu melihat apa yang anda lihat. Merasai apa yang anda rasa. Berfikir apa yang anda fikir. Bertindak apa yang anda lakukan.

Oleh itu teruskan langkahmu sahabatku, kita sama-sama menongkah ke arah yang dunia lebih ceria dan gemilang. Insyallah.Amin.

Pernahkah anda terfikir, cukupkah hanya sekadar menerima? Bila pula anda boleh memberi?
Walau sedikit masa, sedikit ruamg, sedikit luahan untuk dikongsi bersama?
Tiada yang lebih indah dari satu hati, satu suara demi kebaikan bersama
untuk pesakit-pesakit Thalassaemia Hospital Ampang
Pn Faizah membuka kata-kata aluan dan penerangan mengenai
KTHA sebagai ahli gabungan PESUHA dan arah tujunya.
Dorongan dan semangat yang diberi oleh Pn Faizah memberikan
kami keyakinan untuk terus melangkah  
Walau dalam keadaan yang tidak berapa sihat, Ayahanda Tuan Hj Hassan
selalu memberikan komitment terbaik sambil menceriakan suasana.
Bertambah tampan dengan senyuman manisnya.
Anybody who in need to know, learning and doing amal jariah,
should meet Ayahanda Tuan Hj Hassan
New thalassaemia cases are raising day by day,...
What do you do dear sahabat? 
Sungguh pun sibuk dengan tugas yang mendesak namun
Dr Jameela berupaya memberi sokongan. Terimakasih.
Perbicangan mengenai cadangan dan pandangan arah tuju KTHA
Adakah anda benar-benar pasti mengenali siapa mereka?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...