STM Banner

Powered by BannerFans.com

Meebo Bar

Thursday, November 4, 2010

MESYUARAT AJK KTHA 26/10/10




MESYUARAT AJK KTHA
26HB OCTOBER 2010
BILIK PESUHA, HOSPITAL AMPANG


Mesyuarat dihadiri oleh :

Pn Faizah Endut (PESUHA, Setiausaha)
Hjh Maharom Hj Salim(PESUHA, AJK)
Dr Jameela Sathar (KTHA, Penasihat)
Hayati Ramli (KTHA, Pengerusi)
Hannah Hiew Pei Yuen (KTHA, Setiausaha)
Anisah Md Isa (KTHA, Bendahari)
Zainal Abidin (AJK, KTHA)
Masayu Majid (Ahli, KTHA)
Adly Suhaiza Shuib (Ahli, KTHA)

Mesyuarat bermula jam 2.20 petang dan dipengerusikan oleh Puan Faizah Endut.

Agenda mesyuarat ini berdasarkan rangka kerja yang telah disediakan.

Mesyuarat dimulakan dengan penerangan tentang status KTHA sebagai ahli gabungan PESUHA. Ianya tiada kena mengena dengan sebarang pertubuhan yang telah sedia ada. KTHA adalah merupakan kumpulan sokongan kepada pesakit-pesakit Thalassaemia Hospital Ampang. Oleh itu tiada wujud percanggahan tentang peranan yang dimainkan oleh lain-lain pertubuhan Thalassaemia.

Tabung KTHA yang terkumpul di dalam sub-akuan PESUHA kini berjumlah RM1000. Pada keesokkan hari akan menerima sumbangan RM6,000 dari YB Ong Tee Keat. Tabung KTHA adalah diuruskan sepenuhnya oleh Bendahari KTHA, iaitu Pn Anisah Isa. Hasil sumbangan tersebut akan digunakan untuk mendapatkan 'projector' dan 1 unit komputer. Ianya bukan lagi untuk 'recliner' dan meja seperti rancangan awal kerana ianya akan disediakan oleh Kementerian seperti yang dinyatakan dalam perbincangan awal.
  
Antara agenda-agenda yang diperbincang dalam mesyuarat adalah seperti berikut :

1. Kempen kesedaran Thalassaemia dan derma darah
  • KTHA dan PESUHA akan memberikan keutamaan untuk agenda kempen kesedaran Thalassaemia.
  • Kempen tersebut akan dibuat di pusat-pusat komuniti, sekolah-sekolah, pusat-pusat perniagaan di sekitar daerah Ampang termasuk sekitar Pandan. Ianya dijangka dilancarkan di Komplek Muhibah samada pada bulan Mei atau Jun, sempena bulan Thalassaemia sedunia.
  • Kempen ini akan mendapat kerjasama dari badan komuniti tempatan, MPAJ, Lembaga Pelawat Hospital Ampang, Jabatan Pendidikan Hospital Ampang, PESUHA dan juga ahli gabungan lainya.
  • Puan Faizah akan berusaha untuk membuat kertas kerja untuk kempen tersebut. Untuk itu beliau memerlukan bantuan dan sokongan dari ahli-ahli untuk menjayakannya. Bantuan juga boleh diberi dari segi maklumat, pandangan dan cadangan.
  • Bersama-sama akan melihat cadangan untuk mengeluarkan brocher yang informatif dan menarik mengenai Thalassaemia.
  • Semua diminta mencari 'tag line' yang akan digunakan semasa kempen tersebut.

2. Kerjasama dengan lain badan berkanun atau NGO
  • Lain-lain badan dan NGO telah memberikan kerjasama yang baik kepada PESUHA. Dengan itu tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan kerjasama dan komitmen yang sama untuk masa hadapan. Bandan-badan seperti Lembaga Pelawat Hospital Ampang, Jabatan Pendidikan, pusat-pusat komuniti sekitar Ampang sedia memberikan kerjasama mereka.

3. Kaunseling untuk pesakit-pesakit
  • Unit kaunseling untuk pesakit Thalassaemia telah beroperasi dengan kerjasama Dr Ruslina.
  • Ahli-ahli KTHA yang berpengalaman diminta membantu memberi kaunseling dan motivasi kepada pesakit yang memerlukannya.

4. Bantuan untuk pesakit.
  • Perlu merangka satu rangka kerja bagaimana untuk membantu pesakit-pesakit terutama untuk mendapatkan bantuan dan sumber kewangan.
  • KTHA boleh mejadi facilitator bagi membantu pesakit untuk memohon bantuan JKSP Hospital Ampang, Pusat Zakat, Baitulmal, KWSP. PERKESO, JKM dan sebagainya.
  • KTHA juga boleh mengenalpasti pesakit Hospital Ampang yang memerlukan bantuan seperti kewangan harian bagi mendapatkan rawatan dan sebagainya.

5. Lawatan ke Unit Hematologi, Lab, Klinik dan Wad di Hospital Ampang dan lain-lain tempat yang berkaitan.
  • Lawatan yang diusulkan adalah dicadangkan untuk ahli gabungan PESUHA dan lain-lain NGO. Bertujuan untuk mengenali Thalassaemia, scenario dan cabaran-cabarannya. Ianya akan membuka minda dan memberi peluang untuk berkerjasama dan beramal.

6. Mencari dana KTHA
  • Bantuan dan sokongan boleh didapati dari NGO, badan-badan berkanun, orang perseorangan, syarikat-syarikat sawasta dan sebagainya.
  • Oleh itu perlu menyiapkan profile KTHA dan PESUHA untuk dipersembahkan agar bantuan dapat disalurkan dengan lancar.
  • Pesakit atau ahli KTHA diminta menyediakan testimonal kesihatan mereka. Ianya akan mengukuhkan permohonan untuk meminta bantuan ataupun dana.

7. Status logo KTHA untuk T-Shirt, Kad dan lain-lain.
  • Oleh kerana KTHA cuma merupakan ahli gabungan PESUHA, ahli perlu berhati-hati dalam mempamerkan logo KTHA. Tiada masalah dalam penggunaan dalaman sahaja.

8. Aktiviti PESUHA dan ahli gabungan lainnya
  • Ahli-ahli KTHA dialu-alukan untuk berkerjasama dengan PESUHA untuk sama-sama menjayakan kerja amal yang dianjurkan.
  • Kempen-kempen kesedaran boleh dilakukan bersama dengan pelbagai aktiviti lain diperingkat Hospital Ampang dan juga komuniti daerah Ampang keseluruhannya.

9. Bengkel Thalassaemia dan Motivasi.
  • Perlu menyiapkan kertas kerja dan usulakan kepada PESUHA.
  • Pesakit dan keluarga terdekat amat memerlukannya sesi tersebuat.
10. Mencari atau menanmbah punca pendapatan bagi pesakit
  • Pesakit disaraankan untuk menambah pendapatan dengan melakukan kerja di rumah seperti kraftangan dan sebagainya.
  • KTHA boleh membantu dari segi mengadakan bengkel-bengkel dan aktiviti promosi untuk memperkenalkan hasil atau kerja pesakit-pesakit tersebut.

11. Peranan JKSP dalam membantu pesakit
  • KTHA juga boleh mengenalpasti pesakit di Hospital Ampang yang memerlukan bantuan seperti kewangan harian bagi mendapatkan rawatan dan sebagainya.
  • Ianya kemudian boleh diusulkan kepada JKSP Hospital Ampang untuk tindakan seterusnya.

12. Undang-undang kecil atau perlembagaan KTHA
  • Sebagai salah sebuah ahli gabungan KTHA tertakluk kepada etika dan juga tatacara PESUHA
  • KTHA boleh mengadakan undang-undang kecilnya tersendiri tetapi tiadak perlu begitu kompleks.

Ahli-ahli KTHA juga diingatkan untuk memberikan kerjasama, kerana setiap dari kita mempunyai tanggungjawab masing-masing. Segala pandangan, cadangan dan gerak kerja perlu dimulakan, disatukan dan dikumpul secara sistematik.
Mesyuarat ditangguhkan pada kira-kira jam 4.00 petang setelah mendapat persetujuan dari semua yang hadir.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...