STM Banner

Powered by BannerFans.com

Meebo Bar

Wednesday, August 25, 2010

PERJUMPAAN DENGAN PESUHA

BILIK PESUHA
JABATAN KERJA SOSIAL HOSPITAL AMPANG
18HB OGOS 2010
11 PAGI - 12 TENGAHARI



 Perjumpaan di atas di hadiri oleh :


Dari KTHA Committe
Anisah Md Isa
Zainal Abidin
Hayati Ramli
Masayu Majid
Adly Shuib

Dari Jabatan Kerja Sosial
En Mohiadin Bin Bahado
Pn. Aziah


Dari PESUHA
Tuan Haji Hassan Bin Haji Mahmud
Pn Faizah
dan lain-lain AJK PESUHA


Ahli KTHA telah dijemput untuk memberikan penjelasan mengenai KTHA, misi dan aktivitinya di mesyuarat AJK PESUHA. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Dr Jameela, selaku penasihat KTHA.

PESUHA yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Hassan dengan berbesar hati menerima KTHA selaku ahli gabungan. Dengan asas untuk saling bantu membantu dalam kerja amal demi kepentingan pesakit-pesakit di Hospital Ampang.

Dr Jameela memberikan serba sedikit pengenalan mengenai Thalassaemia dan cabaran-cabarannya khusus pada pesakit dewasa. Dan ianya di jelaskan lagi dengan pandangan dan pengalaman dari ahli KTHA sendiri.

KTHA juga berhasrat untuk memberikan penerangan kepada umum mengenai Thalassaemia. Ianya boleh di lakukan untuk komuniti Hospital Ampang dan kawasan sekitarnya. PESUHA boleh bertindak selaku panganjur bersekutu disamping bantuan-bantuan lain.

Perbincangan dilanjutkan kepada bagaimana untuk membantu pesakit-pesakit Thalassaemia terutama untuk mendapat rawatan dan peralatan sokongan lainya. Dan bangaimana PESUHA boleh membantu mendapatkan dana-dana yang diperlukan.

Perjumpaan seterusnya dicadangkan pada 25hb Ogos 2010 untuk membincangkan secara lebih mendalam bagaimana nama PESUHA dan KTHA dapat digabungkan berserta dengan beberapa hal teknikal lainya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...