STM Banner

Powered by BannerFans.com

Meebo Bar

Sunday, October 24, 2010

MESYUARAT KTHA


MESYUARAT KTHA

BILIK PESUHA, JKSP,
HOSPITAL AMPANG,
SELASA, 26HB OCTOBER 2010
2.00 PETANG


KEHADIRAN ADLAH DIWAJIBKAN KEPADA BARIS KEPIMPINAN KTHA SESI 2010/11 DAN
AHLI-AHLI JAWATAN KUASA YANG TELAH DILANTIK



Mesyuarat ini diadakan khasnya untuk baris kepimpinan yang baru dilantik untuk sesi 2010/11. Tujuan utamanya adalah untuk mengenal pasti motif, definasi dan gerak kerja KTHA merangkumi misi, visi dan objektifnya yang telah dikenal pasti. Dan juga gerakannya di dalam PESUHA.

Didapati adalah penting untuk menerangkan pada ahli KTHA yang baru dilantik, bagaimana, dimana, keadaan atau situasi yang telah memungkinkan KTHA tertubuh. Seterusnya menjadi ahli gabungan PESUHA.

Mesyuarat ini juga akan menerangkan kedudukan KTHA sebagai ahli gabungan PESUHA. Sebagai ahli gabungan PESUHA, KTHA adalah tertakluk kepada nilai-nilai dan etika berpersatuan yang ia diamalkan.

Setelah semua ahli baris kepimpinan faham akan erti hubungan PESUHA dan KTHA, definasi dan motifnya barulah kerangka kerja untuk aktiviti dan agenda-agenda tahunan dapat dilakukan. Ini kerana baris kepimpinan perlu mempunyai satu suara hati, satu minda dan satu nada. Maka apa jua perancangan untuk aktiviti dan agenda tahunan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Antara topik-topik perbincangan lain yang diusulkan adalah seperti berikut :

  1. Kempen kesedaran Thalassaemia dan derma darah
  2. Kerjasama dengan lain badan berkanun atau NGO
  3. Kaunseling untuk pesakit-pesakit
  4. Bantuan kebajikan untuk pesakit. Termasuk khairat kematian.
  5. Lawatan ke LPKM, KKM dan Jabatan Hematologi Hospital Ampang
  6. Mencari dana untuk KTHA
  7. Definasi Logo, Kad Pesakit Thalassaemia dan T-Shirt untuk ahli/AJK
  8. Aktiviti PESUHA dan ahli gabungan lainnya
  9. Bengkel Thalassaemia dan Motivasi
  10. Mencari atau menambah punca pendapatan bagi pesakit-pesakit
  11. Peranan JKSP dalam membantu pesakit Thalassaemia
  12. Undang kecil atau perlembagaan KTHA
  13. Lain-lain perkara yang berkaitan.

Diharap ahli-ahli KTHA dapat memberikan sumbangan akal dan fikiran semasa perbincangan tersebut.Tiada masalah yang terlau besar jika sama-sama kita lakukannya dengan satu hati dan satu suara.

2 comments:

  1. ADLY,
    Tq,agenda n rangka kerja yang menarik di harap semua ahli n comitte dapat memberi kejesama.

    ReplyDelete
  2. Insyallah..., Kita sama-sama berakit ke ulu. Kita bersama-sama bersakit dahulu..., bersenang-senang tuhan tentukan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...